Thursday, 23 April 2015

Permainan Tradisional Kelompok N1


Salam Sejahtera Pelajar 2 Edison,

Pada hari Jumaat yang lalu, sebelas orang pelajar dari kelas kamu telah ke Taman Warisan untuk mengambil bahagian dalam Permainan Tradisional Kelompok N1, 

Sepanjang tiga jam Cikgu di sana bersama rakan-rakan kamu, Cikgu dapat merasakan kemeriahan suasana di sana. Rakan-rakan kamu dipisahkan dan dibahagikan kepada beberapa kumpulan, tiap-tiap kumpulan mempunyai ahli-ahli daripada sekolah-sekolah lain, contohnya, 

Sekolah Menengah Xinmin
Sekolah Menengah Sengkang
Sekolah Rendah Rosyth
Sekolah Rendah Edgefield

Sepertimana yang kita ketahui, terdapat pelbagai permainan tradisional yang amat menarik pada zaman ini. Aktiviti Kelompok sebegini, diadakan untuk melestarikan kesenian dan budaya yang telah dipelopori orang Melayu zaman dahulu. 

Walaupun cuaca pada hari itu sangat panas terik, tiap-tiap kumpulan sangat berseronok mencuba nasib, bermain permainan tradisional berikut:-

Boling Kampung - Aryani & Diyanah
Keleret Roda       - Irdarwisyah & Zuhairah
Chapteh               - Irfarisyah & Irfan
Tarik Upeh          - Saiful & Shari
Batu Ajaib           - Nabiq & Nabil
Galah Panjang     - Haney & Shalini
                            -  Arif & Rushaidy


Memandangkan ramai pelajar dari kelas 2 Edison telah mengambil bahagian untuk aktiviti-aktiviti yang telah disebutkan tadi, Cikgu ingin awak membuat kerja kumpulan untuk menerangkan jenis-jenis permainan tradisional yang kamu ketahui.

Arahan seterusnya akan diberikan di dalam kelas. Sekian, Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment